Amyra Rosli dan Amar Dikecam Teruk Kerana Kongsi Gambar Aksi Tidur Bersama

Nampaknya mereka berdua sedang menikmati kebahagiaan bersama anak sulung mereka yang sangat comel. Seperti mana yang sudah dikhabarkan sebelum ini, Amyra Rosli iaitu isteri pelakon, Amar Baharin selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Prince Court.

Loading...

Bayi comel itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.48 kilogram (kg) ini kini sudah berusia 10 hari. Namun pengikut-pengikut pasangan selebriti ini pasti dapat melihat update terbaru perkembangan anak mereka menerusi Instagram.

Baru-baru ini sebuah akaun peminat Amar dan Amira iaitu @amyramar_supporter telah memuat naik gambar mereka bertiga sedang tidur bersama di atas katil menerima pelbagai reaksi negatif mahupun positif.

Walau banyak pujian yang datang, ada juga netizen yang mengecam Amar dan Amira kerana gambar ini terlalu peribadi untuk ditayangkan. Salah seorang netizen memberi nasihat ini;

Akaun @dectriasaGambar “tidur sama pun kau nak upload. Entah pape”

Apa-apa pun, kamk perhatikan pasangan ini tidak memuatnaik gambar ini di akaun instagram masing-masing mahupun akaun bayi mereka iaitu @amyramarjr. Berkemungkinan gambar ini diambil dari IG stories kemudian di screenshot untuk menarik perhatian orang ramai.

 

Loading...