Pendakwaan Atas PPIM : Siapa Yang BODOH?? Satu Tamparan Kepada Semua Termasuk Politaik!

Siapakah Yusuf Azmi

Loading...

Beliau adalah aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini. Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.

Berikut adalah coretan daripada seorang netizen, Hazaruddin Abdullah yang dikongsi di laman sosialnya tentang Yusuf Azmi:

“Secara terus terang, setiap video yang Viral berkenaan PPIM di wakili oleh Saudara Yusuf Azmi menyelesaikan banyak masalah yang menghimpit masyarakat, jiwa aku sebak. Masih ada lagi rupanya yang benar-benar Fighter turun padang sanggup berdepan segala peluru dan tajam pedang. Atas nama perjuangan tentang hak.

Ambil tanggungjawab duduk di barisan hadapan SAMPAI selesai kes beb. Tu yang kau perlu salute dengan saudara Yusuf Azmi. Kau boleh bayangkan tak? Di ugut, di block habis-habisan, di kepung beramai. Tapi dia solidkan hati untuk bersama mangsa sampai berjaya. Apa jadi pun jadi lah. Asalkan mangsa semua tak balik dengan hampa.

Berkenaan isu Serbu Gudang AGR Trade Sdn Bhd. Untuk pengetahuan korang, ini satu kejayaan NGO terbesar yang jadi dalam sejarah Malayia. Bila segala badan yang sepatutnya ada di barisan hadapan menyelesaikan isu ini semakin tenat dan lembab, Maka PPIM ambil langkah mencemar duli.

Secara tak langsung, buka mata semua pihak. Masing-masing yang sepatutnya bertanggungjawab mula bangun daripada berlakon lepas lama jadi pelakon di sogok duit yang menimbun. Kau bayangkan lah, tengah kunyah kuaci sambil kaki atas meja tiba-tiba dapat tau yang boss dah hidu dia punya perangai.

Apa masalah korang semua ni? Tak kenyang lagi?

Rakyat semakin teruk di belasah. Di himpit dengan desakan hidup, apa lagi pilihan yang ada? Melainkan cari jalan tambah income untuk teruskan kehidupan. Masa ni lah kau boleh tengok Ikan jerung yang gunakan kepakaran untuk membunuh lagi ikan bilis marhaen macam kita.

Di janjikan bulan bintang tentang income sampingan dekat kita dengan syarat, kita bayar atau serahkan harta pada mereka. Mudah. Lepas tu kita cuma tinggal janji yang di pegang, duit satu habuk pun tak merasa, dan depa kaya raya. Kena kencing. Atau bahasa popularnya, di samun atas persetujuan sendiri. Bukan apa, cuma termakan janji-janji bulan bintang sahaja. Dalam keadaan yang sangat terdesak nak pakai duit.

Aku setuju dengan Saudara Yusuf Azmi. Jangan bodohkan bangsa kita yang jadi mangsa AGR ni kononnya mudah tertipu. Melalui operasi menyelamatkan mangsa-mangsa dari Ahlong sebelum ini pun kau boleh tengok, orang melayu kita memang rata-rata miskin. Bukan sedikit tetapi ramai. Hingga ada yang nak beli susu, makanan anak pun terpaksa pinjam Ahlong RM500. Dan akhirnya hutang jadi RM70,000 di sebabkan bunga yang makin menambah. Bukan dia bodoh, tapi terlalu terdesak dan cuma nampak ini sahaja jalan yang tinggal untuk kehidupan anak.

Yang bodoh siapa? Kita ni lah. Kita tak pernah ambil kisah dengan nasib bangsa kita yang makin mereput. Makin susah. Kita sibuk nak ‘mengajar’ dari nak membantu. Sibuk nak menghukum.

Kau bawa BMW, tapi jiran kau yang miskin tu sikit pun kau tak pernah ambil tahu apa yang kau boleh bantu. Melayu ke macam tu? Adik beradik kau kais pagi makan pagi, kau pulak kaya raya bercuti lapan ratus tiga puluh empat jam sehari. Sedikit pun kau tak peduli nasib darah daging sendiri.

Isu AGR ni sebenarnya dah lama. Macam-macam hal. Modus operandi yang sama dengan syarikat-syarikat scam di Malaysia. Sama sahaja jalan ceritanya dengan skim-skim yang dah hangus di Malaysia. Seperti Tok belagak, Kongsimakan Bhd, Highway group, skim emas dan seangkatan dengannya. Plannya sahaja yang berbeza.

Hasilnya tetap sama, membawa beribu mangsa menjadi papa kedana dan sengsara. Fahamkan? Ini boleh dianggap kemenangan bergaya pertama Rakyat bersama NGO mengajar syarikat kurang ajar. Ini pun dah cukup buat ramai lagi kepala-kepala tak guna yang sedang jalankan skim-skim aniaya orang ini lebih berhati-hati.

Yelah, selama ini dia tahu rakyat Malaysia ni bangang!!

Lepas kena kencing bukan berani buat apa-apapun. Last sekali diam dan redha je duit lesap. Takda pilihan, mintak tolong orang lain kang, orang lain mintak duit. Kerjanya tak siap pun. Paling ekstrim yang boleh buat pun buat report polis je lah. Takkan nak balun depa? Polis pun tak berani kot.

Kan, sebab tu penyamun tarbus ni semua rileks.
Siapa je yang nak ambil tindakan? Polis? Ahli Politik? NGO melayu lain? Kah kah. Kau ingat kau Jep Sepah ke nak buat lawak? Mana ada orang yang ambil kisah pasal masyarakat kita yang ditindas gila babi ni. Masing-masing fokus tembolok sendiri. Macam biasa, kau jangan berani sebut mana-mana nama Cyber troopers politik. Takde istilah fighter pun untuk depa.

Dan atas rasa kasih dan sayang aku yang tak terhingga buat saudara Yusuf Azmi ini, aku menyeru semua sahabat tidak kira lapisan masyarakat, sama-sama turun padang menjadi ahli keluarga PPIM. Tanda sokongan kita pada arus perubahan baru yang lebih gentleman oleh NGO ini. Fighter untuk masyarakat. Solidkan hati duduk di belakang PPIM.

 

Loading...